nuffnang Adds

Labels

Tuesday, November 22, 2011

25 PAHALA KEPADA KAUM WANITA



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

KOMEN penulis: 

Ya Allah disebalik ayat2 quran Mu yang banyak menyatakan penghuni neraka adalah wanita.....
rupanya Engkau telah memberi 25 pahala yang terselindung pada setiap suruhan mu kepada hamba wanita...
rupanya semua perbuatan wanita itu mempunyai pahal berkali ganda daripada seorang lelaki...
Sesungguhnya... Allah maha mengetahui pada setiap kejadian Nya.
semoga aku turut berada didalam golongan kekasihmu Ya Allah...


Hadis Nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
wallahua’lam..

dan Allah juga telah menurunkan surah untuk kaum Wanita..... 

Sunday, November 20, 2011

tembikai ukir

Assalamulaikum....

lama wei aku tak ukir buah tembikai ni.....
alhamdulillah smlm (21.11.11) dpt offer ukir tembikai untuk majlis kawin sedara aku kat kampung ni.....

untuk pakej macam ni..... aku amik dalam 50 ringgit sahaja.... murah kan....
lama takbuat.. takut karat jugak.... so semlm bertungkus lumus la aku selama 6 jam tuk siap kan. 3 biji buah untuk diukir.......

tembikai saja ukir mau 4 jam da.... tambah betik lagi 2 biji..... kul 12tgh mlm baru siap keje....
apa pun aku rasa berbaloi dan bersyukur sangat... razeki masuk last minit ni....
alhamdulillah......

Allah itu maha mengetahui akan kesusahan hambanya....
syukur Ya Allah...
Alhamdulillah....


penat lelah ku da terhasil

tokey kedai... cek hasil kraftangan staf die.... nak bagi komisyen katanya... hihihihi

ukiran buah ayu asuka.... untuk tempahan sila call 012594426

Tuesday, November 15, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PRESIDEN 2011


KEJOHANAN BOLA JARING
PIALA PRESIDEN 2011
Tarikh : 24-25 Disember 2011
Tempat : Gelanggang serbaguna, Kubang Gajah

poster kejohanan

borang penyertaan 



KEJOHANAN BOLA JARING PIALA RAJA PEREMPUAN PERLIS 2011


KEJOHANAN BOLA JARING
PIALA RAJA PEREMPUAN PERLIS
2011

Tarikh : 26-27 November 2011
Tempat : Gelanggang serbaguna, Kubang Gajah

poster kejohanan

borang penyertaan


Monday, November 14, 2011

DARTS:

2nd Sarawak Closed Dart Tournament "Double Event"



jom jalan jalan sarawak la pulak
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...