nuffnang Adds

Labels

Monday, August 27, 2012

ilmu baru

Alhamdulillah......

Lama aku x update blog haku nih... Hahahha klako pun ada rindu pun ada....
Sebenaqnya aku x la pandai sangat pasai blog blog ni tp saja nak memenuhi ruang hidup aku yg tak brapa penuh ni...
Lama sungguh aih.... Sampai nak wat post baru pun blur nak tekan apa.... Adoiyaipun....
Apa apa pun kalu takder anak menakan aku yg genius tu da tentu x buka langsung la blog aku ni

ok berbalik pada ilmu baru aku tu.... Aku cuma nak habaq yang ari ni aku blajaq benda baru tu pun ngan bantuan ank menakan aku yg genius tu...

Aku tingin sangat nak ada post hok deret2 kat bawah tu kan yg siap ado gambaq tu.... Cari punya cari punya cari last2 jumpa la gak.... Lego den...

So dengan keciwinya(paham ka wei keciwi tu apa?) hihihi
keciwi tu macam perak jakun la... Tak pernah jumpa benda baru kira dok ngadap natang tu ja.... Haahha

so tu jer kisah aku ari ni... Hehehe

mcm syok sendiri la plak... Lantak la kan blog aku... Hehheh suka baca tak suka baca la gak... Kot2 boley hilang tensen kapa tu...

OK SEKIAN. ...

P/s: kita kena la slalu blajaq kalu nak pandai heheheh

Tuesday, November 22, 2011

25 PAHALA KEPADA KAUM WANITA



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

KOMEN penulis: 

Ya Allah disebalik ayat2 quran Mu yang banyak menyatakan penghuni neraka adalah wanita.....
rupanya Engkau telah memberi 25 pahala yang terselindung pada setiap suruhan mu kepada hamba wanita...
rupanya semua perbuatan wanita itu mempunyai pahal berkali ganda daripada seorang lelaki...
Sesungguhnya... Allah maha mengetahui pada setiap kejadian Nya.
semoga aku turut berada didalam golongan kekasihmu Ya Allah...


Hadis Nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
wallahua’lam..

dan Allah juga telah menurunkan surah untuk kaum Wanita..... 

Sunday, November 20, 2011

tembikai ukir

Assalamulaikum....

lama wei aku tak ukir buah tembikai ni.....
alhamdulillah smlm (21.11.11) dpt offer ukir tembikai untuk majlis kawin sedara aku kat kampung ni.....

untuk pakej macam ni..... aku amik dalam 50 ringgit sahaja.... murah kan....
lama takbuat.. takut karat jugak.... so semlm bertungkus lumus la aku selama 6 jam tuk siap kan. 3 biji buah untuk diukir.......

tembikai saja ukir mau 4 jam da.... tambah betik lagi 2 biji..... kul 12tgh mlm baru siap keje....
apa pun aku rasa berbaloi dan bersyukur sangat... razeki masuk last minit ni....
alhamdulillah......

Allah itu maha mengetahui akan kesusahan hambanya....
syukur Ya Allah...
Alhamdulillah....


penat lelah ku da terhasil

tokey kedai... cek hasil kraftangan staf die.... nak bagi komisyen katanya... hihihihi

ukiran buah ayu asuka.... untuk tempahan sila call 012594426

Tuesday, November 15, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PRESIDEN 2011


KEJOHANAN BOLA JARING
PIALA PRESIDEN 2011
Tarikh : 24-25 Disember 2011
Tempat : Gelanggang serbaguna, Kubang Gajah

poster kejohanan

borang penyertaan 



KEJOHANAN BOLA JARING PIALA RAJA PEREMPUAN PERLIS 2011


KEJOHANAN BOLA JARING
PIALA RAJA PEREMPUAN PERLIS
2011

Tarikh : 26-27 November 2011
Tempat : Gelanggang serbaguna, Kubang Gajah

poster kejohanan

borang penyertaan


Monday, November 14, 2011

DARTS:

2nd Sarawak Closed Dart Tournament "Double Event"



jom jalan jalan sarawak la pulak
:)

Sunday, October 30, 2011

REAL STEEL

cerita yang sangat besh... 10 bintang....

CITE NI MEMANG BESH BANGAT.....
aku suka betol... walo pun dalam cinema tu sejuk ngalahkan peti ais aku sanggup tahan kesejukan tu sbb tak mo termiss apa pun dlm citer ni....
hubungan antara si MAX dan ATOM sangat menyentuh perasaan.....
aku agi 10 bintang... hahhahahahah mmg besh ar... tak rugi la duit bayau tiket wayang tu....
sampai member tegur... "kak ayu excited nyer..."
hahahhahah kalu aku tengok dalam bentuk 3D tah2 sahih aku bangun boxing sama robot2 tu....
sangat tersentuh....
len kali kallu p lagi nak awa si LUTFI la.. dia suka citer aksi ni.. heheheh
enjoy beb

max dan charlie dan ATOM

Friday, October 28, 2011

lutfi dan kedai

semalam.... 27-10-11

aku buka kedai char ketiaw aku seperti biasa ar.... mcm biasa la.... orang datang beli....
sembang2 main game bagai... huhuhuhuh
suka tengok lagak si lutfi ni.. riang jer sokmo.... peberet game dia main tab aku tu la....
kira tab tu hak milik dia la secara rasmi... hahhaha kelakar habis.. slalu jer dia gadoh ngan abh dia berebut sapa boleh main angry bird dulu.. hahahhaha
slalu abah kene ngalah la kan... ye la anak2 didahulu kan....

da hbs aktiviviti niaga aku.... slalu nya abah lutfi la kemas2 meja makan seme dan si kecik tu akan tulung abah dia MENGEMAS kusi makan tu.. satu satu kusi dia tulung susun kan.. rajin sungguh anak ibu sorang ni (cewah.. mcm la ramani nor anak aku tu) hihihih....

tp mlm ni agak lain.... lutfi da tak tolong abahnya susun kerusi da,.... skrang dia da ada tugas baru.... masa aku sibok2 dok cuci pinggan mangkuk periuk bagai tu.... aku tgk apa anak aku buat terbongkok-bongkok tu.. slalu nya dia kalu dok situ.. kerje nya nak amik air batu jer dlm bekas putih tu... tp kali ni dok kat bawah plak....
tgk2 dia dok angkat satu-satu botol air tuk simpan dalam almari tu.... siap susun macam mana aku ngan abah dia slalu susun.... masa tu terharu sungguh aku tengok anak aku sorang ni.....
dalam diam-diam dia perati jer apa kita buat.... dia simpan sebiji mcm aku slalu buat.. apa lagi... basuh tgn... amik tab.. then snap la picture dia....
sayang anak ibu..... bijak anak ibu....
ibu sayang sangat sama lutfi.... luv ya.... muah3
semoga lutfi jadi anak yang soleh dan baik....
lutfi sedang menyusun botol air dalam almari.... terharu ibu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...