nuffnang Adds

Labels

Monday, March 14, 2011

syarat dan peraturan am

TARIKH KEJOHANAN :
Kejohanan ini akan diadakan pada15 – 17 April 2011

LOKASI PERTANDINGAN :
Kejohanan ini akan diadakan di Dewan Rakan Sukan MSN Perlis.

PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG
           
1.         PERATURAN AM
1.1        Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMAP 2011.
1.2        Selain daripada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikkut syarat-syarat am Undang-UndangPersatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
1.3        Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMAP 2011 adalah muktamad.
           
2.         PENYERTAAN
2.1        Penyertaan terbuka kepada semua.
2.2        Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar sepuluh ( 10 ) orang pemain : 7 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan serta seorang Pengurus dan Seorang Jurulatih.
2.3        Seorang pemain dibenarkan mendaftar dalam 1 pasukan sahaja.
2.4        Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar dua ( 2 ) orang pemain sahaja yang pernah bermain di peringkat Negara untuk Kejohanan Bola Jaring Remaja dunia, Bola Jaring Remaja Asia dan bola Jaring Dunia pada tahun 2009 dan 2010.
2.5        Pertukaran nama pemain di saat akhir hanya dibenarkan satu    ( 1 ) hari sebelum tarikh cabutan undi dibuat.
2.6        Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam borang pendaftaran pasukan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Hanya pemain yang berdaftar sahaja mengikut kumpulan yang dibenarkan bermain dalam kejohanan ini.
2.7        Sebarang perubahan atau penggantian atau tambahan pemain setelah pertandingan bermula tidak akan diterima.
2.8        Sekiranya pihak Urusetia Kejohanan mendapati lebih dari dua ( 2 ) orang pemain Negara yang didaftarkan, pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai kejohanan dan jika pasukan itu telah bermain, maka permainannya dibatalkan.
2.9        Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan simpanan (sebagaimana yang telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pasukan) hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

3.         SISTEM PERTANDINGAN
3.1        Penyertaan hanya dibuka untuk 48 pasukan wanita dan 20 pasukan lelaki sahaja. Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
3.2        Hanya Johan dan Naib Johan Kumpulan sahaja akan ke peringkat seterusnya yang akan dijalankan dalam sistem kalah mati pada pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Pemenang bagi peringkat separuh akhir akan bertemu di dalam perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN.

4.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
4.1        Secara Liga
4.1.1       Cara memberi mata:
·         Menang - 3 mata
·         Seri - 1 mata
·         Kalah - 0 mata

4.1.2     Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

4.1.2.1      Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena)

4.1.2.2     Jika masih seri, maka perbezan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena)

4.1.2.3      Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
4.2        Secara kalah mati
Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, Separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-

4.2.1     Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.
4.2.2     Permainan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol.
3.4.6     Pemainan akan diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara bergilir.
3.4.7     Keputusan muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol.

            3.5        MASA PERMAINAN
3.4.1           Masa permainan bagi liga dalam kumpulan, pusingan kedua, pusingan ketiga, sukku akhir ialah 15 minit ( 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit rehat ).
3.4.2           Pemainan akan dijalankan di hardcourt.




3.5          KELEWATAN
3.5.1               Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan gol 14 -0.
3.5.2               Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan pihak  Jawatankuasa Pengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum, tidak diambil kira (Null and Void).

3.6        PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
3.6.1           Sekiranya pengadil berpendapat bahawa perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

3.8          PAKAIAN DAN PERALATAN
3.8.1               Setiap pemain dimestikan memakai pakaian yang sesuai dan seragam semasa bermain.
3.8.2               Pemain wanita tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
3.8.3               Bola untuk pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.
3.8.4               Semua pasukan dikehendaki membawa bib masing-masing.

3.9          PENGADIL-PENGADIL
3.9.1               Pengadil akan dilantik atau dilpilih oleh pihak penganjur di kalangan pengadil bertauliah.
3.9.2               Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

3.10        MENARIK DIRI
3.10.1            Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Wang penyertaan akan luput.

3.11        BANTAHAN
3.11.1         Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa pertandingan. Tidak lewat dari 30 selepas perlawan itu tamat.
3.11.2            Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM500.00.
3.11.3            Wang pertaruhan ini akan luput sekiranya bantahan atau rayuan itu didapati tidak wajar.

3.12       JAWATNKUASA BANTAHAN / TATATERTIB
3.12.1                    Jawatankuasa Bantahan  / Tatatertib terdiri daripada : -
·            Pengerusi Penganjur atau wakil
·            Pengadil
·            Pengurus Pasukan Terlibat
·            Setiausaha Penganjur atau wakil
3.12.2    Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib akan bersidang setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.
3.12.3    Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan.
3.12.4                    Keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

3.13    YURAN PENYERTAAN
3.13.1                    Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 250.00 setiap pasukan.
3.13.2            Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI dan dihantar bersama borang penyertaan yang telah disediakan di alamat : -
Urusetia
Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMAP 2011
Pusat Sukan
Taman JKKK Kubang Gajah
02600 Jejawi Arau, Perlis.
Tel             : 04 – 9798083               Faks     : 04 – 9798293

Atau melalui akaun bank Maybank

1123 4408 7152
Atas Nama : ROHAYU DARUS

3.13.3    Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri

3.12     HADIAH
3.12.1                         Hadiah-hadiah akan diberikan kepada : -
KEDUDUKAN
Terbuka Wanita
Terbuka Lelaki
JOHAN
RM2,500 + Piala Pusingan
RM2,000 + Piala Pusingan
NAIB JOHAN
RM1,500
RM1,000
TEMPAT KE-3 BERSAMA
RM800
RM600





3.13     AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR
3.13.1               Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan yang diikhtiraf perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

3.14     UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN : -
3.14.1     Undian akan dijalankan oleh pihak penganjur.
3.14.2     Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 15 April 2010 ,  jam 8.00 pagi, di Dewan Rakan Sukan MSN
3.14.3     Setiap pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain beserta dengan salinan kad pengenalan untuk disahkan. Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah yang muktamad.

3.15     PENGINAPAN PESERTA
3.15.1               Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan semasa kejohanan.

3.16     TARIKH TUTUP
3.18.1               8 April 2011

3.17     PERKARA AM
3.17.1     Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab tentang keselamatan dan kehilangan barang sepanjang kejohanan.
3.17.2               Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi : -
Pn. Rohayu – 012-595 4426
Pn. Siti Fatimah – 012-544 9598
Pn. Wan Yusmalinda – 017-540 7017


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...